Segera Perbaharui Kad Hijau CIDB Anda!
Pakar dalam pendaftaran dan pembaharuan Kad Hijau CIDB Malaysia!
Hubungi kami sekarang untuk bantuan segera!
Pakar dalam pendaftaran dan pembaharuan Kad Hijau CIDB Malaysia!
Hubungi kami sekarang untuk bantuan segera!Portal Rasmi bagi Pengurusan Pekerja & Syarikat Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
CIDB Green Card juga dikenali sebagai Kad Hijau, Kad CIDB atau Kad Personal Binaan CIDB.Merupakan perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia – Construction Industry Development Board (CIDB). Setiap pekerja binaan (tempatan/asing) WAJIB memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520. Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019.
Apa itu Kad Hijau CIDB Semak Status Kad Hijau AndaSertakan salinan IC (depan dan belakang) untuk pengesahan.
Bayar melalui saluran yang ditetapkan dan simpan bukti pembayaran.
Tunggu makluman status permohonan.
Gunakan pas sementara sehingga kad fizikal siap (anggaran 2 minggu).
Kad dihantar ke alamat anda. Semak status penghantaran secara berkala.
Kami menawarkan peluang mudah untuk memohon Kad Hijau CIDB. Hanya kemas kini maklumat Kad NIOSH OGSP anda — tanpa perlu hadir kelas. Mohon sekarang dan terus terima Kad Hijau CIDB anda!
Jika anda sudah memiliki Kad NIOSH seperti OGSP, NTSP, EOSP, atau NTMSP, anda boleh terus buat Kad Hijau CIDB tanpa kursus. Jimat masa dan kos, proses selesai dalam 3 hari bekerja.
Senarai safety passport keluaran NIOSH yang dibenarkan
Termasuk semua safety passport keluaran NIOSH.
Mohon Kad Hijau CIDB tanpa perlu hadir kursus.
Proses yang cepat dan penjimatan kos untuk menukar OGSP kepada Kad Hijau CIDB.
Memiliki Kad NIOSH OGSP adalah syarat kelayakan.
Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) adalah sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat kontraktor berdaftar mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya. Pendaftaran dengan CIDB adalah wajib bagi kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, syarikat perlu memiliki pendaftaran SSM.
SPKK adalah sijil yang mengesahkan bahawa penama layak menyertai projek pembinaan kerajaan Malaysia. Penama boleh terdiri daripada warganegara Malaysia seperti pemilik perniagaan, pengarah, atau kakitangan syarikat yang bekerja sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat perlu telah beroperasi lebih dari 3 tahun.
Sijil Taraf Bumiputera (STB) diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk syarikat dan perniagaan yang memenuhi syarat bumiputera. Pendaftarannya berbeza daripada sijil MOF, dan hanya pembekal tertentu yang layak. Dengan STB, pembekal boleh menyertai tender dan sebut harga yang dikhususkan untuk syarikat bumiputera sahaja.
Sijil ISO adalah standard yang menetapkan elemen asas dalam sistem kualiti untuk memastikan perkhidmatan organisasi memenuhi kehendak pelanggan dan keperluan undang-undang secara konsisten. Organisasi menggunakan standard ini untuk menunjukkan keupayaan mereka dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Selain itu, kontraktor yang ingin mendaftar SCORE dan SPKK G7 perlu memiliki pendaftaran ISO terlebih dahulu.
Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) oleh CIDB, dibangunkan bersama SME Corp, bertujuan mengukur keupayaan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia. Program ini selaras dengan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020, yang berfokus pada peningkatan kualiti, keselamatan, dan profesionalisme industri. Penilaian SCORE-CIDB dilakukan melalui analisis terhadap 7 parameter yang ditetapkan untuk kontraktor tempatan.
Sijil Kementerian Kewangan (MOF) adalah wajib bagi pembekal/kontraktor yang ingin memohon tender kerajaan. Tanpa sijil ini, syarikat tidak layak menyertai tender kerajaan. Syarikat dengan 51% pemilikan Bumiputera juga boleh memohon Sijil Taraf Bumiputera, yang memberi kelebihan dalam tender khusus untuk syarikat Bumiputera.
Operasi Khas Sempadan dilalukan di tapak pembinaan. Skop operasi khas ini menumpukan pematuhan Akreditasi Pekerja Binaan Mahir di bawah Akta 520. Operasi Khas Sempadan juga diadakan bagi memastikan pemeriksaan tapak projek antara kedua-dua sempadan ini dapat dipantau dengan lebih berkesan. Semasa Operasi berlangsung, terdapat beberapa ketidakpatuhan yang ditemui semasa pemeriksaan. Antaranya adalah Perakuan Pendaftaran yang tamat tempoh, gagal mengisytihar projek pembinaan, dan pekerja binaan mahir yang tidak diakredit oleh CIDB. Turut serta dalam operasi ini adalah daripada Sektor Penguatkuasa CIDB Ibu Pejabat, Sektor Kontraktor Levi CIDB Ibu Pejabat dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah (ABM).
MewahServicesCIDB @ A & N Management Resources (CT0097614P) adalah penyedia perkhidmatan pembaharuan Kad Personel Binaan & pendaftaran kontraktor dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Dengan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan Terms & Conditions dan membenarkan MewahServicesCIDB @ A & N Management Resources (CT0097614P) untuk menguruskan permohonan anda.
+601126165376
mewahservices@gmail.com
Shah Alam, Malaysia